Latar belakang

        Jabatan Ekstra Kurikulum ditubuhkan pada 1991. Jabatan ini bertanggungjawab dalam segala urusan unit beruniform Sekolah Menengah Islam Al-amin, Gombak.   Pergerakan Syabab dan Fatayat  Malaysia SMIAAG bernaung di bawah jabatan ini. Pada tahun 1999, Jabatan telah berdaftar dengan Jabatan Pertahanan Awam untuk menubuhkan Kadet Pertahanan Awam. Gabungan Syabab-JPA 3 dilaksanakan pada tahun 2000 yang menekankan konsep penggabungan ilmu dan kepakaran serta menerapkan konsep pentarbiyahan Islam secara bersepadu. Bermula Januari 2008 TAJDID SYABAB secara besar-besaran dilaksanakan, pasukan beruniform telah menjadi empat iaitu Kadet Pertahanan Awam (KAPA), Pasukan Kadet Polis (PKP), Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dan Kadet Remaja Sekolah (KRS).

Objektif;

  1. Melahirkan pelajar Islam yang mempunyai ketahanan fizikal, spiritual dan mental.

2. Menjana bakat kepimpinan dan menyediakan pemimpin-pemimpin yang soleh dan musleh pada masa hadapan.

3.  Mendisplinkan diri pelajar supaya menjadi individu yang berhemah tinggi dan berketerampilan

4. Melatih pelajar bekerja dalam satu pasukan (amal jamaie)

5. Menerapkan ilmu dan kemahiran selain akademik kepada para pelajar.

6. Membina pelajar-pelajar yang berakhlak mulia, mampu mengamalkan akhlak Islam di dalam kehidupan.

7. Melahirkan pelajar yang cintakan Islam dan mempraktikannya sebagai cara hidup dalam semua keadaan.

 

Laman web ini dikemaskini pada;
7 Januari 2009


music player
I made this music player at MyFlashFetish.com.

Program -program tahun lepas (2008)

1. 20 hb Feb 2008 (Rabu)- kelas teori
2. 23 hb Feb 2008 (Sabtu)- kawad dan kemahiran
3. 1 hb Mac 2008 (Sabtu)- kawad dan kemahiran
4. 5 Mac 2008 (Rabu) -kemahiran
Tingkatan 5- Ujian Memanah
5. 5 April 2008 (Sabtu)- kawad dan kemahiran
Tingkatan 5- Ujian Memanah amali
**Jamuan Sempena SPM 12.30 untuk semua warga Al-amin**
6. Perkhemahan Uji Cekap 2008 -Tanjung malim (23-25 Mei 2008)
7. 14 Jun 2008 (Sabtu) dan 21 jun 2008 (sabtu) - latihan bulanan
8. 15-21 Jun 2008 - Ulu Bendol Negeri Sembilan - Perkhemahan Intergrasi JPA 3
9. 5 Julai 2008 (sabtu) - KAKUM ' 08 - PAmeran ATM, Fliying Fox dll
10. 2 Ogos 2008 (sabtu)- Latihan bulanan
11. 15-17 Ogos 2008 - Ekspedisi Gunung Angsi
12. 7- 9 November 2008 - Perkhemahan Asas Tingkatan 1
13. Explorace III - 12 - 15 Disember 2008
Selangor - Kuala Lumpur - N9 - Melaka
sila lawati www.ulasak.blogspot.com

Program akan datang 2009
1. 9-11 Januari - Kursus Kejurulatihan dan Kepimpinan syabab 2009
2. 17 Januari -(sabtu) - Latihan Dalaman
Sebarang komen dan cadangan sila ajukan kepada webmaster di alamat; ismiaa@gmail.com
Today, there have been 3 visitors (16 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free