KERTAS KERJA DASAR
KURSUS KEPIMPINAN DAN KEJURULATIHAN
 SYABAB 2009

 

 
       1.         
Muqaddimah

 
Jabatan Ekstra Kurikulum bertanggungjawab melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran selain akademi (kokurikulum) terutama di dalam pasukan beruniform sebagai sebahagian unsur kepada peribadi soleh wa musleh. Bagi melahirkan produk yang berkualiti, tenaga pengajar dan pemimpin pelajar perlulah digembelingkan secara maksimum dan dinamik untuk mencapai hasrat tersebut.


            Bertitik tolak daripada niat yang suci itu maka pihak jabatan telanh merancang dan akan melaksanakan satu program tarbiyah kepimpinan dan melatih pemimpin syabab dan fatayat dengan ilmu kejurulatihan yang sewajarnya, seperti kawad kaki, pertolongan cemas, memadam kebakaran, ikatan dan lain-lain. Mereka juga diberikan pendedahan aktiviti lasak seperti flying fox, abselling,  river crossing, berakit, memanah dan berkuda. Dengan kepimpinan yang ada dan kemahiran yang mereka perolehi, pihak jabatan mengharapkan pelajar-pelajar ini akan dapat menjadi pemimpin dan jurulatih kepada semua pelajar di Al-amin.

 

       2.         Objektif 

Kursus ini mempunyai beberapa objektif yang telah dirangka secara sistematik dan praktikal untuk dicapai antaranya ialah:

 
 
 
 
 
 

 i)              Membentuk ketahanan fizikal dan mental anggota Syabab
ii)            Menerapkan ilmu-ilmu kemahiran kokurikulum
 iii)          Menjana semangat kepimpinan yang jitu
iv)         
Memperkasakan sahsiah dan akhlak Islam
v)           
Memantapkan saf kepimpinan yang sedia ada

vi)          Melatih pelajar mejadi seorang jurulatih yang berwibawa
vii)        Memantapkan amal jama’i (team building) di kalangan anggota
viii)      Mencungkil bakat-bakat baru  yang terpendam
ix)           Menerokai dan menghayati ciptaan Allah yang Maha Agung

 

 
  3.         Tempat

          SMIAAG

   4.         Tarikh dan Masa

           9- 11 hb Januari  2009

  5.         Tema

             Memperkasakan Generasi Soleh Wa Musleh

 
       6.         Anjuran

               Jabatan Extra-kokurikulum
            Sekolah Menengah Islam Al Amin

 
        7.         Kerjasama

            Jabatan Pertahanan Awam (JPA 3)
            Alumni SMIAA

  
        8.         Peserta Kursus

  Peserta kursus seramai 80 orang  pelajar,  11 orang guru dan 4 orang jurulatih Jabatan  Pertahanan Awam dan 10 orang Alumni. Jumlah kesemuanya seramai 101 orang.

 

        9.         Struktur organisasi

                   Lihat Lampiran A

       10.        Tentatif program

           Lihat Lampiran B

     11.        Belanjawan

 
       Lihat Lampiran C

 
    12.        Penutup

 

 

Jabatan Extra-kokurikulum Sekolah Menengah Islam Al-Amin, mengharapkan segala perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan jayanya demi mencapai objektif yang telah digariskan bagi melahirkan sebuah generasi soleh dan musleh yang mempunyai daya juang dan ketahanan fizikal dan mental yang tinggi. Jabatan ini juga  berharap semoga semua pihak dapat bekerjasama menyumbangkan buah fikiran, tenaga mahupun sumbangan kewangan untuk menjayakan hasrat murni kami. Semoga Allah memberkati  usaha dan pengorbanan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan kursus ini.

 
 

 Disediakan oleh,

 ___________________

 (SHAHRUL NIZAM BIN SHAHDAN)
 Ketua Jabatan Ekstra Kurikulum
Sekolah Menengah Islam Al Amin


Lampiran B:  Tentatif program

 

Jumaat 9  Januari  2009

2.45 petang      - Berkumpul/pemeriksaan kelengkapan / perasmian

4.00 petang      - mendirikan pangkalan

4.30 petang      - solat asar / sambungan mendirikan khemah / khidmat diri / makan

5.30 petang      - senaman / permainan

6.30 petang      - khidmat diri / makan

7.30 malam      - solat maghrib/ Kuliah maghrib/ solat Isyak

8.45 malam      -Taklimat Jabatan Ekstra Kurikulum

10.45 malam    -rehat

11.00 malam    -Ceramah: Pemimpin dan Kepimpinan dalam unit beruniform

12.30 malam    -rehat

12.40 malam    - Based

2.00 pagi         - beradu

 

Sabtu 10 Januari 2009

 

5.00 pagi          -qiamullail / solat subuh / mathurat

7.00 pagi          -senaman lasak

8.00 pagi         -khidmat diri 

8.30  pagi         -Kawad 1

10.30 Pagi       -rehat

11.00 pagi        -ikatan dan Gajet

1.00 tengahari  -khidmat diri / makan

1.30 petang      -solat zohor

2.00 petang      -membina khemah  dan fasiliti

4.00 petang      -rehat

4.30 petang      - Abseiling / memanah

7.00 malam      -khidmat diri / makan

7.30 malam      -solat maghrib / tazkirah/ mathurat/ solat isyak

8.40 malam      -Micro Teaching- ikhtiar hidup

10.40 malam    -rehat

10.50 malam    -Pertolongan cemas  – Usungan

12.50 malam-  rehat

 

Ahad 11 Januari 2009

 

1.00 pagi         -Night Walk

3.00 pagi          -beradu

5.00 pagi          -qiamullail / solat subuh / mathurat

7.00 pagi          -senaman lasak

8.00 pagi         -khidmat diri / makan

8.30  pagi         -Kawad 2

10.30 Pagi       -rehat

11.00 pagi        -ikhtiar hidup- jungle food

1.00 tengahari  -khidmat diri / makan

1.30 petang      -solat zohor

2.00 petang      - majlis penutup / sesi bergambar

3.30 petang      -bersurai






Laman web ini dikemaskini pada;
7 Januari 2009


music player
I made this music player at MyFlashFetish.com.

Program -program tahun lepas (2008)

1. 20 hb Feb 2008 (Rabu)- kelas teori
2. 23 hb Feb 2008 (Sabtu)- kawad dan kemahiran
3. 1 hb Mac 2008 (Sabtu)- kawad dan kemahiran
4. 5 Mac 2008 (Rabu) -kemahiran
Tingkatan 5- Ujian Memanah
5. 5 April 2008 (Sabtu)- kawad dan kemahiran
Tingkatan 5- Ujian Memanah amali
**Jamuan Sempena SPM 12.30 untuk semua warga Al-amin**
6. Perkhemahan Uji Cekap 2008 -Tanjung malim (23-25 Mei 2008)
7. 14 Jun 2008 (Sabtu) dan 21 jun 2008 (sabtu) - latihan bulanan
8. 15-21 Jun 2008 - Ulu Bendol Negeri Sembilan - Perkhemahan Intergrasi JPA 3
9. 5 Julai 2008 (sabtu) - KAKUM ' 08 - PAmeran ATM, Fliying Fox dll
10. 2 Ogos 2008 (sabtu)- Latihan bulanan
11. 15-17 Ogos 2008 - Ekspedisi Gunung Angsi
12. 7- 9 November 2008 - Perkhemahan Asas Tingkatan 1
13. Explorace III - 12 - 15 Disember 2008
Selangor - Kuala Lumpur - N9 - Melaka
sila lawati www.ulasak.blogspot.com

Program akan datang 2009
1. 9-11 Januari - Kursus Kejurulatihan dan Kepimpinan syabab 2009
2. 17 Januari -(sabtu) - Latihan Dalaman
Sebarang komen dan cadangan sila ajukan kepada webmaster di alamat; ismiaa@gmail.com
Today, there have been 3 visitors (21 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free