Program terdekat...

1. Muqaddimah

Jabatan Ekstra-Kurikulum cuba memperkenalkan beberapa pembaharuan dalam mencapai visi dan misi sekolah bagi melahirkan pelajar yang soleh dan musleh. Pendekatan dan konsep-konsep yang bervariasi sifatnya cuba digarapkan supaya impak yang terhasil adalah menepati kualiti yang dicita-citakan.

Bertitik tolak daripada itu, Jabatan Ekstra-Kurikulum mengadakan program Perkhemahan Uji Cekap 2008 untuk menguji kecekapan, kekentalan dan semangat juang yang ada pada murid-murid tingkatan 3 setelah tiga tahun didedahkan dengan ilmu-ilmu dan kemahiran Syabab. Program ini juga akan menjadi medan untuk mereka menterjemah dan mengadaptasikan ilmu yang ada demi kemaslahatan diri mereka dan juga ummah.

2. Objektif

Ekspedisi ini mempunyai beberapa objektif yang telah dirangka secara sistematik dan praktikal untuk dicapai antaranya ialah:

i) Menimbulkan rasa hormat murid terhadap orang lain.
ii) Memberi kesedaran kepada pelajar untuk berubah.
iii) Menguji tahap kecergasan fizikal, kecerdasan mental dan kesabaran emosi.
iv) Mempraktikkan segala ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari.
v) Membentuk semangat berpasukan sesama ahli.
vi) Berupaya mencipta sesuatu yang baru hasil daripada ilmu yang telah dipelajari.


3. Tema

“Tajdid Mujahid”

4. Tempat

Institut Ukur Tanah Negara ( INSTUN )

5. Tarikh dan Masa

23, 24 dan 25 Mei 2008 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)


6. Anjuran

Jabatan Ekstra-Kurikulum, Sekolah Menengah Islam Al Amin.

7. Kerjasama

MASYAB
ALUMNI
Jabatan Pertahanan Awam ( JPA 3 )

8. Peserta Ekspedisi

Peserta ekspedisi seramai 200 orang terdiri daripada :

a) 150 orang murid-murid tingkatan 3 dan 4.
b) 20 orang AJK.
c) 10 Alumni.
d) 10 orang guru.
 
9. Penutup

Jabatan Ekstra-kokurikulum Sekolah Menengah Islam Al-Amin, mengharapkan segala perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan jayanya demi mencapai objektif yang telah digariskan bagi melahirkan sebuah generasi soleh dan musleh yang mempunyai daya juang dan ketahanan fizikal dan mental yang tinggi. Jabatan ini juga berharap semoga semua pihak dapat bekerjasama menyumbangkan buah fikiran, tenaga mahupun sumbangan kewangan untuk menjayakan hasrat murni kami. Semoga Allah memberkati usaha dan pengorbanan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan PERKHEMAHAN UJI CEKAP 2008.


sila layari www.ucekap.blogspot.com

1. Perkhemahan Asas 7,8 dan 9 November 2008

2. Ujilasak - Explorace III 2008 : 12- 15 Disember 2008

maklumat lanjut sila layari... www.ulasak.blogspot.com 








Perkhemahan Uji Cekap tingkatan 3

Laman web ini dikemaskini pada;
7 Januari 2009


music player
I made this music player at MyFlashFetish.com.

Program -program tahun lepas (2008)

1. 20 hb Feb 2008 (Rabu)- kelas teori
2. 23 hb Feb 2008 (Sabtu)- kawad dan kemahiran
3. 1 hb Mac 2008 (Sabtu)- kawad dan kemahiran
4. 5 Mac 2008 (Rabu) -kemahiran
Tingkatan 5- Ujian Memanah
5. 5 April 2008 (Sabtu)- kawad dan kemahiran
Tingkatan 5- Ujian Memanah amali
**Jamuan Sempena SPM 12.30 untuk semua warga Al-amin**
6. Perkhemahan Uji Cekap 2008 -Tanjung malim (23-25 Mei 2008)
7. 14 Jun 2008 (Sabtu) dan 21 jun 2008 (sabtu) - latihan bulanan
8. 15-21 Jun 2008 - Ulu Bendol Negeri Sembilan - Perkhemahan Intergrasi JPA 3
9. 5 Julai 2008 (sabtu) - KAKUM ' 08 - PAmeran ATM, Fliying Fox dll
10. 2 Ogos 2008 (sabtu)- Latihan bulanan
11. 15-17 Ogos 2008 - Ekspedisi Gunung Angsi
12. 7- 9 November 2008 - Perkhemahan Asas Tingkatan 1
13. Explorace III - 12 - 15 Disember 2008
Selangor - Kuala Lumpur - N9 - Melaka
sila lawati www.ulasak.blogspot.com

Program akan datang 2009
1. 9-11 Januari - Kursus Kejurulatihan dan Kepimpinan syabab 2009
2. 17 Januari -(sabtu) - Latihan Dalaman
Sebarang komen dan cadangan sila ajukan kepada webmaster di alamat; ismiaa@gmail.com
Today, there have been 3 visitors (9 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free